AKTIVITI RADIALMTB

31/03/2012 (Sabtu)
Kayuhan Nasi Lemak Rafi @ Layan Downhill Ulu Geruntum

Saturday, June 27, 2009

Trip ke Ulu Kinta

Trip Sg. Rokam - Ulu Kinta (Kg. Tonggang/Kg. Kolam) - Sg. Rokam


Nasir, Mael, Kawan-kawan dari Ipoh.

Kali ini kami menyertai kumpulan dari kawasan Ipoh (Sg. Rokam, Rapat Setia, Tambun dll.) Terima kasih kepada Saudara Md. Nor (sg. Rokam) yang mengajak kami untuk menyertai kumpulan mereka. Trip kali ini disertai oleh 11 orang (cuma kami 2 orang je baru kat trek tu). Perjalanan bermula dari pukul 5.30am bersiap semayang subuh dan meletakkan basikal di carrier kereta. Bertolak dari Gopeng ke Sg. Rokam dan tiba disana dlm pukul 7.05am. Tiba di sana kami disambut oleh Saudara Md. Nor.

Dari Sg. Rokam kami memulakan kayuhan dgn Saudara Md. Nor menghala ke Tambun. Dalam perjalan kami berjumpa dgn beberapa lagi rakan yang menyertai trip kali ni...

Gambar di atas kami dlm perjalanan ke Tambun... tunggu beberapa lagi rakan... yang dok pegang handset tu la... kira leader untuk trip kali ni.


Kami berhenti...ada yang setting basikal untuk main off-road...buang sikit angin tayar... turunkan sikit seat.... yup ready..lets go!


Gambar semasa kayuhan tidak diambil.....kira rugi jugak la..desebabkan musim hujan...semasa melaui jalan terdapat pokok tumbang...masuk hutan-keluar hutan melalui denai kecil (agak bahaya bagi newbie sbb gaung kat tepi terus masuk air terjun yang berbatu)... itu yang mencabar....rata-rata jalan yang dilalui berbukit....tiba 1/3 perjalanan kami bergambar beramai-ramai...

Berhenti sebentar melepaskan lelah...penat jugak la ...nafas kuda hahahah...keluar masuk hutan..pastu naik turun bukit.... ekstrem...memang best trek ni...

Ini bergambar dah habis dah laluan extrem.... dekat empangan Sultan Azlan Shah..... pastu kayuh ke kedai makan le....hehehe

Menjamu selera sambil berkongsi pengalaman.....Satu-satunya frame basikal yang ada di Malaysia kot..... basikal member yang ikut serta.... Terima kasih kepada sedara berbaju biru (yang pandang kamera)..kerana belanja kami.....

Ini dia formula rahsia.....mengekalkan kesihatan badan dan tulang....lepas ni nak pi beli la...hehehe...Terima kasih banyak-banyak kepada Abang-abang dan kawan sekelian.....lain kali kami join lagi..... (kalau tak sibuk ngajo boleh je) hehehh...jumpa lagi untuk kayuhan seterusnya..

Saturday, June 13, 2009

Off-road KMPk-Jelintoh-Gua Tempurung-Sungai Jahang

::Meal::Wang::Nasir::Suwardi::


Salam rakan kayuhan….miggu ni kami ada rakan baru…bawak la jalan off-road (pergi balik ada la dalam 40km) Keluar dari rumah pukul 7.15am. Berkumpul di kolej matrik. Dari sana kami memulakan perjalanan melalui Sg. Itek untuk ke Jelintoh. Sampai di sana kami mulakan kayuhan menaiki bukit…..Member baru boleh tahan…walaupun lama tak kayuh katanya boleh follow kami…kayuhan tiada masalah kerana tanah tidak berlumpur; tak hujan malam tu.


Beberapa gambar kami berada di puncak bukit Jelintoh. Boleh tengok pemandangan satu Gopeng.


Turun daripada bukit kami terus ke perkampungan orang asli. Ha….di sini terdapat air terjun yang ramai orang tak tahu…tapi kami hanya berhenti berehat setelah malalui jalan berbukit…..Perjalanan diteruskan ke Gua Tempurung….di sana kami menjamu selera…biasa la “nasi lemak ayam satu”….Pulang melalui Sungai Jahang… Cuaca yang panas (el-nino) kami pun mandi…sungai yang bersih dan cantik….sejuk macam air ais…hahahaha…jom mandi…

Dalam perjalanan pulang….member cuba skill “John tomac” kali pertama jadi, kali kedua kureng sikit…kali ketiga…..percubaan Mr. Mael tayar belakang terangkat sampai dia pun tergolek dok…..sian member, bar end patah….tangan sakit….nasib baik tak patah-riuk…..


Perjalan pulang selamat…..diharap member baru tidak serik untuk join kami lagi……..see for next trip…

Related Posts with Thumbnails