AKTIVITI RADIALMTB

31/03/2012 (Sabtu)
Kayuhan Nasi Lemak Rafi @ Layan Downhill Ulu Geruntum

Thursday, December 31, 2009

Kayuhan Gopeng CP1-CP3

Kayuhan sekali lagi di GPS trek... diatas permintaan nak start kayuh semula oleh nelayan musim tengkujuh di kolam berbayar@ mael ahahahhah......kayuhan hanya di CP1-CP3 je memandangkan hari Jumaat...kene habis awal le kene pi semayang...
Info trek sama dengan pos lepas......

Tarikh: 1/1/2010 (Jumaat)
Berkumpul: Petronas Mukim Teja
Tayar golek: 7.45/8.00 pagi
Jarak:30+km
Tamat: sebelum pukul 12 gth hari


Tunda la...tak jadi kayuh

Sesiapa yang berminat nak join boleh la...bawak sekali persalinan untuk semayang ...senang nanti...

Monday, December 28, 2009

Last Minit Cancel Ke KaWaT09

Malam sabtu 26/12/09, aku dengan Dhuang dah loading basikal dekat carrier belakang kereta aku.. kira punya kira..4.30pagi nak bertolak dari Gopeng...
Pukul 3.50pagi tu aku dah terjaga..anak sulung aku yang baru sambut hari jadi ke 2 tahun tak lena tidur...rasa badan dia panas....anak bongsu aku pun panas.... pukul 4 pagi je dua2 nangis...DEMAM..aku pun sms Dhuang...

"wang, aku tak jadi pi Kawat. Hang nak pi ambil basikal... anak aku dua2 demam".... wang balas "takpe la tak payah pegi...boleh aku bawak wife aku jalan2" .... "macam mana dengan goodies?"..."minta dia pos je la nanti"....end...5.00pagi

Jadi misi ke Taiping dibatalakan......

tak pe la...ada lagi di sri iskandar bulan 2... layan je la kayuhan mana2 nanti...

Monday, December 21, 2009

Kayuhan Semula GPS Trail CP1-CP3

Tarikh : 20/12/2009
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi tayar golek
Tempat berkumpul : Petronas Mukim Teja (hampir dgn PLUS exit tol Gopeng)
Jarak : A: Sampai Sungai Salu 22.43km
B: Sampai rumah 35.46km




Dari kiri: Nasir, Eri, Amy, Ken, Ajim

Dari kiri: Eri, Amy, Ken, Duang, Ajim



Preview of Gopeng Trail











GPS data from ken@beskal.com

Salam..to all mtb riders... ini dia laporan daripada kayuhan semula trail GPS (Gopeng)..setelah berminggu membuat percaturan akhirnya jadi juga kayuh pada 20/12/2009. Kali ini hanya 6 orang je yang berkayuh... nasir, duang, kamarul@ken, ajim, eri dan mie.


Sempat lagi bersarapan di Restoran Khalid disertai Mael dan anaknya

Kami berkumpul di Petronas Mukim Teja berhampiran exit tol Gopeng... kami membuat sedikit perubahan kayuhan..kayuhan melalui Kg. Jahang..bukan Kg. Cholek...dari Kg. Jahang terus ke CP1.....


Perjalanan Melalui Kg. Jahang



Perjalanan menuju ke CP1.. melalui pemandangan sungai jahang yang indah..



Uphill..menuju ke CP1...saja malas kayuh nak save energy :P



Tiba di CP1...masih ada lagi terlekat evnt GPS...aku kali ni layan fullsus dengan Ken



Trek CP2



Trek ke CP3



Dari CP3 ke CP4 kami melalui banyak single trek..yang best layan downhill 2 stage dari CP3 nak ke trek gambar atas ni



Trek yang kami lalui atas ni betul-betul di tepi highway PLUS..layannnn



Antara trail yang aku suka..hehehe




Jaga-jaga ada periuk api.. duang sebagai model ..hahaha



Ni lagi satu trail yang aku suka...best oooo...


Perjalanan ke CP4 dan seterusnya dibatalkan kerana adik aku jatuh termasuk lubang...layan downhill...dah la baru sekali ni offroad..nasib baik takde apa2 cuma luka di kaki dan satu jari di tangan kanan tekehel...nasib baik ada mael tolong bawak ke hospital kampar..


Ini dia adik aku Eri...jatuh terlanggar lubang..masa layan downhill..


Duang plak elok samapi Sungai Salu tayar dia pancit..siap kene pacat lagi tuh...


Menuggu adik aku settle di hospital...setelah selesai kami bersiap kayuh pulang ke rumah..dan aku, duang dan ken minum di Jeram baru balik...adik aku mael tolong hantarkan..ajim dgn mie balik terus nak pegi rumah kenduri...


Jom Kayuh Lepas ni Layan CP1-CP10 pulak (baru 43km)
Related Posts with Thumbnails