AKTIVITI RADIALMTB

31/03/2012 (Sabtu)
Kayuhan Nasi Lemak Rafi @ Layan Downhill Ulu Geruntum

Saturday, February 13, 2010

Kayuhan Penuh Dugaan

Tm: 2.27.16
Dst: 37.09
Av: 15.1
Mx:55.3
Cal: 455.7

Salam mtb rider...kali ni kami membuat kayuhan ala santai sambil memperkenalkan offroad track jamboree kepada Eri dan En. Shah...kira persediaan ke Jamboree SIT la... kali ni masing-masing denga jentera yang bakal dipakai di Jamboree SIT 2010...kira testrun la...heheheh...tapi formatnya memang santai gila..hahaha

Pagi tu aku keluar 7.30pagi dari rumah...Wang, Mael sekali....Ajim dengan Dol diorang dah tunggu di Petronas Mukim Teja...sampai je kami di petronas En. Shah pun tiba dari Batu Gajah...Eri sms ...lewat sikit...terlajak tidur katanya...nampak gayanya lewat la start kayuh kali ni..


Berkumpul di Petronas... ha.. Jentera Masing-masing... Nasir (Norco), Mael (Merida), Wang (Avatar), Ajim (Scott), Dol (Rockbike), En. Shah (Religh Elit) dan Eri (Jamis Durango).. Semua dah setting kami pun memulakan kayuhan melalui Kg. Jahang... Eri "Woi lapo ni" ... Wang "Kita berenti di Jahang Makan"


Baru beberapa kilometer ... Kg. Sungai Jahang...apalagi berenti makan... Eri " Maaaakan" hahaha.. Semua dok melantak sekeping roti canai... alamat berat la kayuh sat gi. Susunan beskal menunjukkan warna yang bertyemakan hitam, merah, putih dan kuning...perg macam seragam la pulak...


Kayuhan pun bermula kembali dengan memasuki kawasan ladang getah... diikuti kawasan ladang kelapa sawit menuju ke CP1 (event GPS).. Kali ni dugaan buat Eri... dah la member baru offroad... tapak kasut habis pecah... Eri " aalamak...aku silap ambil kasut..dok kelang kabut tadi" maka terpaksalah dia menolak..nasib baik tak jauh dah....tgk gambar macam orang kejang (eri) tapi tapak kasutnya yang KEJANG hahahah.... namun dengan semangat yang ada (terpaksa) eri meneruskan kayuhan ... dengan mengikat kasut...( tali ambil dekat pokok yang ada CP1...nasib baik ada)...

Kayuhan disambung... kali ni wang punya rantai pulak terputus..nasib baik aku ada dekat je.... kalau tak jauh jugak la nak menolak sebelum repair.... macam biasa aku ada bawak chain link...siap repair kayuhan di sambung lagi....

Beberapa gambar yang diambil dengan pemandangan yang indah... semasa kayuhan Eri "woit nature call" ... aku "tak jauh lagi dah nak sampai sungai salu"

Malang tidak berbau... Dol jatuh besikal.. siap tayar depan pancit... tgk agak parah...tapi nasib baik boleh meneruskan kayuhan...sedikit ubatan herba disapu oleh En. Shah..kesempatan ini juga la diambil oleh Eri untuk melabor di sungai berdekatan...hahahahah...




Kayuhan diteruskan sampai Sg. Salu...berehat seketika

Akhirnya kayuhan tamat... sampai semula di petronas mukim teja...

Friday, February 12, 2010

Good Technology Starting To Jamis Durango 1.0

Memang betul la GTS (Good Technology Starting ) ... Mula-mula basikal ni Mael beli..dengan kos RM1000 selepas beberapa upgrading dibuat....tak sampai sebulan...baru 2 ke 3 kali kayuh road ke KMPk dah dia jual dekat aku (nasirGpg) Mael pakai Merida TFS 300D sampai sekarang... dapat je kat aku...aku upgrade gila-gila dari 8speed ke 9 speed...dari group set campur-campur terus ke Deoare XT hahaha...tapi hanya bertahan 5 ke 6 bulan je dah aku jual part asal termasuk frame ke Eri....rasanya satu-satunya basikal yang tak pegi lagi Jamboree...ngeh! Ni bila Eri nak join jamboree...dia jual pulak dekat adik dia...Eri pakai Jamis Durango 8speed ambil dari member dia..

Ini dia GTS M5 yang berjaya membuat pemilik lamanya upgrade ke beskal yang lebih mantap.. bagus la beskal ni...berjaya saiko pemiliknya supaya improve hahahaha....

Inilah dia...Jamis Durango 8speed upgrade ke 9 speed ..model 2008 tak silap aku...tapi bila kayuh mantap...itu yang pemiliknya cakap...tunggu uji pandu offroad di Gua Tempurung..dan... Jamboree SIT 2010.... Tungggggguuuuuu
Related Posts with Thumbnails