AKTIVITI RADIALMTB

31/03/2012 (Sabtu)
Kayuhan Nasi Lemak Rafi @ Layan Downhill Ulu Geruntum

Friday, February 19, 2010

radialmtb @ SIMTB Exploration 2010

Melihatkan GPS map dan evaluation tentang trek SIT MTB Exploration...rata-rata ahli radialmtb mula mencongak-congak kalau-kalau boleh memiliki salah satu yellow jersey yang ditawarkan....inilah dia muka-muka peserta.....

Ejen rmtb 001 (Mael)
Dengan pertaruhkan gaya merida worldcupnya... dia cuba merampas yellow jersey...dengan gaya yang ganas menakutkan studentnya...adakah dia mampu menakutkan rider2 lain????
Ejen rmtb 002 (wang @ ajie)
Kali dia mempertaruhkan senyuman ala-ala ayu gitu... agaknya dapat mencairkan rider-rider lain masa kayuh...kedatangannya peace no war.....cuba mendapatkan yellow jersey dengan diplomasi...tiada paksaan....berjayakah dia mengayat penganjur memberi yellow jersey kepadanya...kita tunggu...
Ejen rmtb 003 (Eri)
Penampilan sulung...yang masih samar-samar (50-50) kerana hal peribadi yang tak dapat dielakkan...kalau dia kayuh...dia akan datang dengan gaya cuba menggugat rider-rider lain... "kalah takpe...asal menang bergaye"
Ejen rmtb 004 (Dol)
Walaupun telah tercedera dalam kayuhan baru-baru ini...Mat Dol merupakan pengayuh tegar dan masih bertenaga.. tapi akibat terlambat didaftarkan penampilannya juga samar-samar (50-50) kalau Eri tak datang mungkin Dol akan menggantikan tempatnya...jaga-jaga raja bukit ni..katanya ada bela hantu raya?!?!?!
Ejen rmtb 005 (En. Shah)
Walaupun baru berkecimpung dengan MTB (offroad) En. Shah sangat bersemangat sampai petronas sponser....dengan penampilan serba putih jentera barunya...jangan dianggap enteng...stamina mengerjakan kebun sawitnya akan digunakan sepenuhnya....rider2 mungkin akan dipintas di ladang kelapa sawit nanti....
Ejen rmtb 006 (Janggut@Ajim)
Ayam tambatan yang diimport khas untuk sarung yellow jersey...pengayuh muda yang berpengalaman ni...kalau hari tu dia tak menang bukan pasal dia tak power..tapi kami dok tambat lupa nak lepas....

Ejen rmtb 007 (nasirGpg)
Peserta terakhir...aku la...macam biasa aku macam ajen 007 james bond hahaha...takde la...aku penyarung jersey tak berkala aka last position sampai kot masa hari tu... aku paling tak power dalam kumpulan ni...hanya dok blogging je hahaha...

P/S: Jangan hangpa terpengaruh, ini semua hanyalah gurauan semata-mata. Kami target kali ni nak habiskan kayuhan je...kalau boleh nak dapat tempat bawah dari 750 yela nak dapat medal buat kenangan.... dan kalau dapat cabutan bertuah apasalahnya...rezeki...dapat ke kali ni cabutan bertuah...harap2 bertuah la lagi aku kueng..kueng..kueng....

JUMPA KAMI RADIALMTB DI SERI ISKANDAR

Saturday, February 13, 2010

Kayuhan Penuh Dugaan

Tm: 2.27.16
Dst: 37.09
Av: 15.1
Mx:55.3
Cal: 455.7

Salam mtb rider...kali ni kami membuat kayuhan ala santai sambil memperkenalkan offroad track jamboree kepada Eri dan En. Shah...kira persediaan ke Jamboree SIT la... kali ni masing-masing denga jentera yang bakal dipakai di Jamboree SIT 2010...kira testrun la...heheheh...tapi formatnya memang santai gila..hahaha

Pagi tu aku keluar 7.30pagi dari rumah...Wang, Mael sekali....Ajim dengan Dol diorang dah tunggu di Petronas Mukim Teja...sampai je kami di petronas En. Shah pun tiba dari Batu Gajah...Eri sms ...lewat sikit...terlajak tidur katanya...nampak gayanya lewat la start kayuh kali ni..


Berkumpul di Petronas... ha.. Jentera Masing-masing... Nasir (Norco), Mael (Merida), Wang (Avatar), Ajim (Scott), Dol (Rockbike), En. Shah (Religh Elit) dan Eri (Jamis Durango).. Semua dah setting kami pun memulakan kayuhan melalui Kg. Jahang... Eri "Woi lapo ni" ... Wang "Kita berenti di Jahang Makan"


Baru beberapa kilometer ... Kg. Sungai Jahang...apalagi berenti makan... Eri " Maaaakan" hahaha.. Semua dok melantak sekeping roti canai... alamat berat la kayuh sat gi. Susunan beskal menunjukkan warna yang bertyemakan hitam, merah, putih dan kuning...perg macam seragam la pulak...


Kayuhan pun bermula kembali dengan memasuki kawasan ladang getah... diikuti kawasan ladang kelapa sawit menuju ke CP1 (event GPS).. Kali ni dugaan buat Eri... dah la member baru offroad... tapak kasut habis pecah... Eri " aalamak...aku silap ambil kasut..dok kelang kabut tadi" maka terpaksalah dia menolak..nasib baik tak jauh dah....tgk gambar macam orang kejang (eri) tapi tapak kasutnya yang KEJANG hahahah.... namun dengan semangat yang ada (terpaksa) eri meneruskan kayuhan ... dengan mengikat kasut...( tali ambil dekat pokok yang ada CP1...nasib baik ada)...

Kayuhan disambung... kali ni wang punya rantai pulak terputus..nasib baik aku ada dekat je.... kalau tak jauh jugak la nak menolak sebelum repair.... macam biasa aku ada bawak chain link...siap repair kayuhan di sambung lagi....

Beberapa gambar yang diambil dengan pemandangan yang indah... semasa kayuhan Eri "woit nature call" ... aku "tak jauh lagi dah nak sampai sungai salu"

Malang tidak berbau... Dol jatuh besikal.. siap tayar depan pancit... tgk agak parah...tapi nasib baik boleh meneruskan kayuhan...sedikit ubatan herba disapu oleh En. Shah..kesempatan ini juga la diambil oleh Eri untuk melabor di sungai berdekatan...hahahahah...




Kayuhan diteruskan sampai Sg. Salu...berehat seketika

Akhirnya kayuhan tamat... sampai semula di petronas mukim teja...

Related Posts with Thumbnails