AKTIVITI RADIALMTB

31/03/2012 (Sabtu)
Kayuhan Nasi Lemak Rafi @ Layan Downhill Ulu Geruntum

Saturday, June 13, 2009

Off-road KMPk-Jelintoh-Gua Tempurung-Sungai Jahang

::Meal::Wang::Nasir::Suwardi::


Salam rakan kayuhan….miggu ni kami ada rakan baru…bawak la jalan off-road (pergi balik ada la dalam 40km) Keluar dari rumah pukul 7.15am. Berkumpul di kolej matrik. Dari sana kami memulakan perjalanan melalui Sg. Itek untuk ke Jelintoh. Sampai di sana kami mulakan kayuhan menaiki bukit…..Member baru boleh tahan…walaupun lama tak kayuh katanya boleh follow kami…kayuhan tiada masalah kerana tanah tidak berlumpur; tak hujan malam tu.


Beberapa gambar kami berada di puncak bukit Jelintoh. Boleh tengok pemandangan satu Gopeng.


Turun daripada bukit kami terus ke perkampungan orang asli. Ha….di sini terdapat air terjun yang ramai orang tak tahu…tapi kami hanya berhenti berehat setelah malalui jalan berbukit…..Perjalanan diteruskan ke Gua Tempurung….di sana kami menjamu selera…biasa la “nasi lemak ayam satu”….Pulang melalui Sungai Jahang… Cuaca yang panas (el-nino) kami pun mandi…sungai yang bersih dan cantik….sejuk macam air ais…hahahaha…jom mandi…

Dalam perjalanan pulang….member cuba skill “John tomac” kali pertama jadi, kali kedua kureng sikit…kali ketiga…..percubaan Mr. Mael tayar belakang terangkat sampai dia pun tergolek dok…..sian member, bar end patah….tangan sakit….nasib baik tak patah-riuk…..


Perjalan pulang selamat…..diharap member baru tidak serik untuk join kami lagi……..see for next trip…

1 comment:

  1. Masalah nak join lagi takder hal. Ajak je aku insyaallah pi. Ni aku nak tunggu fulus jer nak beli beskal. Guna beskal sponsor tak sama. Aku biasa join main sejam dua je. Tapi haritu ngan korang hampir 5 ke 6 jam. Terkejut skit, paha pun start sakit. Tapi aku ok. Seronok. TQ guys

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails