AKTIVITI RADIALMTB

31/03/2012 (Sabtu)
Kayuhan Nasi Lemak Rafi @ Layan Downhill Ulu Geruntum

Monday, February 16, 2009

XPDC-Radial-MTB


Jelajah Gua Tempurung-Salu (50km)
on/off-road endurance challenges!

15 Feb 2009 :: Mula - KMPk , Akhir - KMPk (2-ways Trip) :: 08 cyclist

Mael, Nasir, Duan, Diani, Rizal, Osman, Faizul, Am

SINOPSIS XPDC

Perjalanan bermula di KMPk tepat jam 8:00 pagi (waktu tempatan). Dikepalai oleh sdr Mael dan diawasi oleh sdr Nasir dan sdr Duan. Berhenti di Stesen Minyak Shell (membeli bekalan makanan, roti dan air mineral) lalu meneruskan perjalanan sehingga stesen hentian pertama, Sungai Jahang (break for 5 minutes). Teruskan perjalanan, dengan menggunakan trek off-road. Trek off-road ini sememangnya memberikan cabaran, terutamanya pada penunggang baru Am, namun alhamdulillah, basikal dikendalikan dengan baik dan tiada sebarang masalah yang timbul.

Tiba di destinasi pertama Gua Tempurung. Berhenti rehat selama 10-20 minit untuk melepaskan lelah dan bersarapan pagi. Selesai bersarapan, meneruskan perjalanan seterusnya, kali ini on-road ke Air Terjun Salu. Perjalanan menjadi agak sukar, kerana rata-rata penunggang lebih menggemari jalan off-road berbanding on-road. Penunggang Am juga mengalami masalah - asyik ketinggalan di belakang, namun tetap mengikuti kumpulan penunggang yang lain walaupun ketinggalan jauh di belakang. Tiba di Air Terjun Salu. Para penunggang yang keletihan, memikul basikal masing-masing ke puncak bukit Salu (menguji endurance physical dan mental). Stesen henti di Air Terjun Salu menawarkan pemandangan yang indah, dan apa lagi, kesemua penunggang beristirehat sambil mandi manda di situ.

Berhenti rehat di Salu selama 20-40 minit, kemudian meneruskan perjalanan pulang semula ke KMPk. Stesen henti kali ini ditetapkan di Sg Jahang sahaja. Penunggang Am masih lagi ketinggalan di belakang sementara penunggang yang lain meneruskan kayuhan sehingga sampai di simpang masuk Gua Tempurung (tunggu Am) kemudian berhenti sekali lagi di Gua Tempurung (tunggu Am). Apabila memasuki off-road, sdr Nasir, sdr Wan, sdr Faizul bergilir-gilir menjadi point-check untuk penunggang Am, inilah semangat setiakawan yang perlu dicontohi, dan ini juga membangkitkan semangat penunggang Am untuk terus berkayuh sampai ke destinasi di Sg Jahang. Berehat di Sg Jahang selama 10-15 minit. Kemudian meneruskan perjalanan pulang ke KMPk.

Persediaan awal sebelum memulakan perjalanan....yang pakai baju merah angkat tangan (Mael) bagi instruction sikit..muka sorang2 tu Duang.


Berhenti sekejap di Sungai Jahang....Lepak atas jambatan....sebelum meneruskan perjalanan off-road


Berehat sekejap, masa ni Am ambil gambar...gambar dia takde...laluan berpasir (dalam jugak la, kawasan lombong) susah juga nak kawal basikal



Ha...nie dia Am. Sempat candid 2 gambar je...dia ni kira ahli baru merangkap photographer la, pakai nikon SLR camera...berat..tu yang tinggal belakang...namun tahniah kerana berjaya menamatkan xpdc


Bergambar berhampiran kaki gunung...hampir dah ke destianasi 1, iaitu Gua Tempurung



Sampai Gua Tempurung....kami tak bergambar....cuma ada pemandangan disitu...kalau tgk betul2 ada la gambar basikal bergelimpangan keletihan...tuan2 basikal dok menjamu selera / minum air


Setelah penat berkayuh...sampai gak di air terjun sungai salu.....mari mandi OOOOooooOOoooo



Gambar basikal Am...paddle patah...walaupun macam tu Am tetap dapat mengikuti (tak kira last sekali pun) "bicycle doesn't matter"


6 comments:

  1. Menarik. Pemandangan yang indah dan dapat meningkatkan kecergasan. Dapat juga menatap gambar kawan-kawan.

    ReplyDelete
  2. Oit.. sapa osman tu? hahahaha

    ReplyDelete
  3. diani tu gabungan nama aku ngan wife aku tuh?

    ReplyDelete
  4. mcm besh je..hangpa tunggu..aku pi sana, aku ikut pakai scrambler..wahahaha!! nak kayuh tak tu larat ka dak..bukan zaman muda2 nih..

    ReplyDelete
  5. yang mana satu gambar cikgu Mael ?

    ReplyDelete
  6. harap dapat join group tuan kayuh sekitar Gua Tempurung.. nanti kalu ada projek kayuhan lagi boleh contact saya 019 472 1518

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails