LALUAN
Jumlah jarak kayuhan menghampiri 25km dimana peserta akan menempuh sebahagian bandarAntara Gapi, kebun getah, kelapa sawit, ladang sayuran dan hutan simpan. Kayuhan mendaki yang menyeksakan dan menuruni bukit yang ekstrem. klik sini Trail Kayuhan Antara Gapi
TARIKH DAN TEMPAT
Kayuhan ini akan di adakan pada 09 Ogos 2009 (Ahad) bertempat di Pintu Gerbang Antara Gapi pada jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari
LOKASI
Antara Gapi terletak di Serendah, Selangor merupakan salah satu dari kawasan Bandar Baru yang di bangunkan oleh PKNS. Ia terletak 15km dari Pekan Rawang, 55km dari Shah Alam dan 45km dari Kuala Lumpur. Itu menuju ke sini ,dari lebuhraya Utara-Selatan menuju susur keluar Tol Rawang kemudian menghala ke Pekan Rawang. Dari Pekan Rawang sila ambil jalan lama lebuhraya Persekutuan KL-Ipoh menuju ke Serendah. Antara Gapi terletak bersebelahan dengan Kelab Golf Serendah. Klik sini lokasi Antara Gapi
PENYERTAAN
Tiada Yuran Penyertaan di kenakan. Bagi tujuan pengesahan penyertaan, peserta hanya perlu mengisi borang pendaftaran dan hantar ke SEKRETARIAT PKNS MTB Kayuhan Antara Gapi 2009 di No. 03-79584655.
klik sini Borang Pendaftaran KAG09
Klik sini Syarat-Syarat Penyertaan
HADIAH – HADIAH
Kayuhan ini berkonsepkan "Fun Ride" iaitu pencinta sukan MTB berkumpul dan berkayuh
bersama-sama. Tiada pertandingan dan hadiah pemenang. Bagi memeriahkan program pihak
menganjur menyediakan:
i) Puluhan Lucky draw
ii) Hadiah Misteri
iii) Minuman di check point
PAMERAN & JUALAN
Gerai Promosi hartanah PKNS, Gerai Jualan Basikal, Gerai makanan & Minuman
PENGANJUR
SEKRETARIAT PKNS MTB Kayuhan Antara Gapi 2009
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
Persiaran Barat , Off Jalan Barat,
46505 Petaling Jaya,
Selangor
Tel: +603.7957.2955
TENTATIF PROGRAM
Pendaftaran juga boleh di buat semasa hari kejadian. Bagai mengelakkan kelewatan perlepasan peserta di galakkan membuat pendaftaran awal.
7.00 – 8.15 pagi - Pendaftaran peserta
8.15 pagi - Taklimat oleh penganjur
8.30 pagi - Mula
11.30 pagi - Tamat
11.30 pagi - Majlis Penutup
Cabutan bertuah
12.00 tghari - Bersurai
Driving directions from Gopeng to Bandar Antara Gapi
No comments:
Post a Comment