AKTIVITI RADIALMTB

31/03/2012 (Sabtu)
Kayuhan Nasi Lemak Rafi @ Layan Downhill Ulu Geruntum

Tuesday, July 21, 2009

Kepuasan Kayuhan di ULu KiNtA >>>

Sunday, July 19, 2009

(Report by Ismael)



















ULU KINTA
memang amat dikenali dengan trek mountain bike nya yang amat mencabar. Trek yang akan menguji rider2 untuk mengukur tahap stamina dan skill yang ada. Ini merupakan kali kedua aku join geng2 AbG MAT NOOR meredah bukit bukau yang ada disekitar ULU KINTA. Untuk kali ini, route kayuhan offroad kami tak berapa jauh...dalam 25 km je...25 km yang amat mengerikan bagi mana2 rider yang kurang stamina dan bencikan trek berbukit.

Route kayuhan..TAMBUN>>KG. TONGGANG>>BUKIT MAKMUR>>ULU KINTA >>TAMBUN ( 18 JULAI 2009 - SABTU- 7.45 pg )

Satu kesimpulan yang aku boleh buat...memang berbaloi sgt2 kami bangun awai pagi tu untuk join geng2 Abg Mat Noor redah ke trek ni...satu kenikmatan kayuhan yang tak boleh digambarkan dengan kata2.

Hanya 2 org rider je dari radial mtb yang leh join pagi tu, aku ngan duang (redhuan). nasir terpaksa last2 minutes cancel plan nak kayuh sebab minggu ni dia kata dia nak ambek hati bini dia pulak. tiap-tiap minggu tinggai ayang pi kayuh alamat mahu bini suruh tidoq dengan beskal. heheh.....

Gambaq aku Control hensemmmm....haha

Mr Duang yang bebaju Oren...rider radial mtb merangkap officemate aku..

Anyway, selepas siap berkumpul depan masjid dekat Institut Perguruan Ipoh, aku kira2 campur ngan geng2 abg mat noor ada dalam 12 org pagi tu...ni yang buat semangat nak berkayuh makin meluap2. Majoritinya rider2 senior @ veteren. umur lepa dah mencecah 40 ke 60 tahun. tapi stamina macam budak2 baru umur 18 tahun. itu yang aku rasa macam nak tabik spring ja kat lepa semua. Psychically and mentally are very strong..bravo to all off you bro...

Kami startkan kayuhan dalam kul 8.00 pg. lewat sikit sebab tunggu abg mat noor. sampai2 je dia kata dia dok berjanggut tunggu bro ani kat pekan tambun. tu sebab dia lambat...haha...kena kencing lagi kali ni...

Perjalan bermula melalui pekan Tg Rambutan sehinggalah ke Ladang Kuda. sampai je kat situ kami dijamukan pemandangan indah. dikanan adalah sungai yang masih bersih mengalir dan di kiri kami lak penuh dengan kuda2 yang cantik...rasa macam nak bawak balik ja sekor bagi anak aku Danial naik....haha

Bila dah start masuk offroad aku pun mula turunkan seat post aku sebab menurut otai2 ni kali ni trek memang penuh ngan bukit. bukan apa, senang sikit nak layan downhill @ descending nanti. Kayuhan kali ni mula menguji skills pendakian rider2 bila dijamukan dengan BUKIT MENTAL (nama yang aku bagi) tapi aku pun tak ingat nama sebenar bukit ini dekat dengan Kampung Tonggang.

Bukit yang mampu mengecewakan mana2 rider yang tak cukup stamina ..

Tadi mula2 masuk nampak ladang kuda. Tapi bila sampai ke Bukit Mental ni kami yang pulak bernafas macam kuda. Sekoq2 bunyi mengalahkan kuda penat. Waktu ni lah aku berhajat macam nak jumpa tokei company SHIMANO suruh dia cipta gear basikal bagi ada 36 speed ka 45 speed. Pakai yang 27 speed rasa macam tak cukup ja gear nak panjat bukit yang curam dan panjang macam ni...haha. Anyway, aku berjaya gak daki sampai ke puncak tanpa turun tolak beskal..tu yang riak dan bongkak dengan stamina diri sendiri tu. huak huak huak....

Tapi macam biasalah...WHat's goeS uP mUst CoMe DoWn!!!!!! lepas ja layan bukit Tonggang tu kami pakat dok layan downhill pulak la...waktu ni boleh tengok la mana2 rider yang tak pandai layan brek boleh cium tanah kalau tak kena gaya. Dengan keadaan trek yang tak rata dan curam alamat kalau tak ada keberanian dan hati kering mau turun tolak beskat je sampai bawah. waktu kat2 sini la member radial mtb MR. DUANG hampir2 tergolek disebabkan masalah brek. nasib lah dia pandai control beskat dia. kalau dak alamat tergolek dog lagi la kali ni....

Dari Kg Tonggang kami menuju ke Bukit Makmur. Sekali lagi trek ni menguji skills semua riders. tapi bukit yang kedua ni memang gila. kasi semua mental pecah ja..kesudahannya, semua riders tolak beskat. pakar pendakian hari ni Mr. Mat Noor pun layan tolak gak beskat aku tengok. Bukit ni amat curam dan licin disebabkan tanah yang kering.

Dalam dok kayuh ada yang dok buat lawak lak...tak dak ka bukit yang lagi tinggi dari bukit ni. ni tak cukup tinggi ni...hilang penat dok gelak tengok muka sorang2. ada yang tambah lagi, orang asli kata tak jauh encik, sebatang rokok je...tak jauh hang kata...macam nak pengsan dah tengok muka sekoq2. hampir sejam setengah berkayuh kami pun berhenti rehat. masa ni la baru ada peluang untuk aku ambek gambaq. tadi semua orang pakat dok fokus kat kayuhan..ni la gambaq2 rider yang join trip pagi tu...


Lama tak ambek gambaq angkat beskal macam ni...


waktu ni sempat gak aku balun sikit coklat n air sebagai sumber petrol untuk meneruskan kayuhan..time2 macam ni la nampak apa pun rasa sedap..kami sambung lagi kayuhan ke Kg Bukit makmur, tapi kami sesat disebabkan terlampau banyak simpang yang kami jumpa. ada 4 simpang yang kami jumpa. last2 nasib terserempak ngan Orang Asli kat situ, dia yang tunjukkan jalan yang betul ke Kg Bukit Makmur..susah gak nak berkomunikasi dengan lepa ni sebab tengok ke gaya macam org asli ni tak berapa pandai bahasa melayu...nasib la dia bagi direction yang betul kat kami.



















Nak sampai kat kampung ni trek dia memang best. rider2 kena tanggung beskal merentasi anak sungai yang ada di situ..ikut hati aku macam nak berhenti mandi ja dulu..geng2 radial mtb ni bukan boleh, asal nampak sungai ja mesti rasa nak terjun dulu...akhirnya..sampai gak ke Kg. Bukit Makmur, sebuah perkampungan Orang Asli yang ada di sekitar Ulu Kinta ni. semua rider berhenti dekat Dewan Serbaguna yang ada di perkampungan orang asli ni..kat sini sekali lagi aku ngan duang snap dua tiga keping gambaq2 rider2 yang menyertai kayuhan endurance ni..




Semua dok pakat meredah Sg Ulu Kinta

memang best dan memang mencabar......

photo kat bawah ni adalah MR.DUANG radial mtb tengah dok tanggung beskat


Berhenti sekejap ambek angin...


Sebelah aku ni Abg MAt Noor sg rokam. Senior yang banyak memberi tunjuk ajar..kami mula jumpa dia kat Kedia Beskal Eric Tasek. Umur dah mencecah 54 tahun kalau tak silap tapi stamina macam orang muda...




Kat belakang kami tu la kampung Bukit Makmur...


Rider2 tengah dok lepak kat Dewan Serbaguna kampung Bukit Makmur




Sebelah aku ni lak En Leman and Abg Mat Noor ( orang besi Kayuhan kali ni)

semua tersenyum riang mengingatkan trek yang lepa sendiri tak penah redah..siap dengan sesat2 lagi dalam hutan tadi.....

muka penat tapi puasssssssssss!!!!!

kayuhan kami diteruskan untuk menghabiskan sisa2 8km terakhir...waktu ni kami memang syok sangt sebab layan descending@ downhill yang panjang. aku paling syok trek yang macam ni sebab orang putih kata ini lah PAY OFF yang amat berbaloi...panjat macam nak tercabut kaki then layan turun bukit sampai ke penamat...memang syokkkkk....memang layan....tapi ada dua tiga connering yang agak berbahaya sebab tengah dok syok2 layan downhill ada simpang patah...kalau tak pandai main brek alamat terjun gaung la...

Dalam perjalan turun dari KG Bukit Makmur ni kami sempat bergambar berlatarbelakangkan empangan yang ada sekitar ulu kinta ni. memang cantik..memang buat badan yang penat hilang rasa letih. kat bawah ni gambaq aku ngan Mr Duang yang sempat kami snap....







Dalam dok syok layan downhill tiba2 Mr.Duang kata tayar beskal dia pancit lak..nasib la semua peralatan spare kami bawak. Biasa la sometimes we have to prepare for the worse. then, waktu ni la kami kena tinggai dengan group yang ada di depan. lepa tak perasan yang kami terpaksa berhenti nak ganti tiub beskat duang. Tapi ada 3 lagi rider yang ada di belakang kami. lepa pun berhenti memberikan pertolongan. Inilah semangat setiakawan yang boleh di pupuk dalam aktiviti2 yang berfaedah macam ni. Kelihatan dalam gambar sebelah ni Abg Mat Noor baru sampai. Ketua rider kali ini.




















Seperti biasalah, orang besi kita ni semua boleh. Sebut ja pasai beskal A to Z dia tau. Aku memang tabik la kat senior rider kita ni. umur dah mencecah 60 tahun...tapi tenaga macam bela hantu raya ja. Bukit tonggang yang kami panjat rasa macam nak pengsan dia siap boleh naik, turun dan naik semula. Banyak benda yang dia kongsi pengalaman ride dia dengan kami. Teknik pemakanan, teknik kayuhan, teknik pendakian dan macam2 la. Senang kata, dia ni memang hebat and stamina memang tip top la. Dalam trip ni ada dua orang nama Abg Mat Noor. Kedua2nya memang aku tabik spring...both of you are such a wonderfull rider bro...



Waktu ni Abg Mat Noor tengah dok try selesaikan masalah Mr. Duang..


Gambaq Beskal2 kepenatan n sedang berehat sementara menunggu tiub beskal wang diganti. Rider2 tak penat pun cuma rasa nak pengsan ja...haha


Waktu ni lah Abg Mat Noor Pesan kat aku bila nak main offroad make sure semua benda2 penting mesti ada dalam beg. Pam, tiub spare, pin rantai, alat bukak rantai and etc. Dia kata sepanjang dia berkecimpung dalam dunia mtb ni pernah dah 3 kali rantai beskal dia n kawan dia putus. So memang kena cek slalu rantai terutamanya bila trek tu banyak climbing. Rantai akan tegang n mudah putus kalau tak kena gaya. Thanz bro for your advise...

Selepas je selesai menyiapkankan tiub beskal Mr. Duang kami meneruskan sisa2 downhill yang ada sebelum sampai ke Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Kinta. Ikut hati rasa macam nak mandi je dula kat situ. tapi memandangkan satu group dah terlepas di depan dan meninggalkan group kami jauh dibelakang, aku pun buat keputusan untuk terus berkayuh ke TaMbuN. Masuk je jalan raya aku ngan duang buat gila try cruise dengan average speed 42km/h. Pakai Mtb ni nak maintain 40km/h mau rasa macam nak tercabut skru kaki aku. Jangan kira ngan duang, dia ni gila..stmina unta @ hantu raya...speed macam pelesit. mahu pengsan kalau nak ikut pace dia..

At last kami berkumpul balik depan warung yang ada dekat area depan Institut Perguruan Ipoh. Group yang awal tadi dah dok balun roti canai dah. aku pun pekena roti canai ngan nasi lemak. time2 lepas ride macam ni apa saja nampak sedap.

Anyway, aku rasa ni la antara trek paling mencabar aku pernah try sejak join main mtb ni. Thanz for everybody yang memeriahkan trip ni and to both of Abg Mat Noor thanz for your advise. Congrate to all riders sebab at last we can finish the trip with our sweat, gut and soul...bravo to everyone....see all of you for the next ride...Wassalam......

2 comments:

Related Posts with Thumbnails