AKTIVITI RADIALMTB

31/03/2012 (Sabtu)
Kayuhan Nasi Lemak Rafi @ Layan Downhill Ulu Geruntum

Thursday, July 30, 2009

Kayuhan antara Gapi 2009





LALUAN

Jumlah jarak kayuhan menghampiri 25km dimana peserta akan menempuh sebahagian bandarAntara Gapi, kebun getah, kelapa sawit, ladang sayuran dan hutan simpan. Kayuhan mendaki yang menyeksakan dan menuruni bukit yang ekstrem. klik sini Trail Kayuhan Antara Gapi

TARIKH DAN TEMPAT

Kayuhan ini akan di adakan pada 09 Ogos 2009 (Ahad) bertempat di Pintu Gerbang Antara Gapi pada jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari

LOKASI

Antara Gapi terletak di Serendah, Selangor merupakan salah satu dari kawasan Bandar Baru yang di bangunkan oleh PKNS. Ia terletak 15km dari Pekan Rawang, 55km dari Shah Alam dan 45km dari Kuala Lumpur. Itu menuju ke sini ,dari lebuhraya Utara-Selatan menuju susur keluar Tol Rawang kemudian menghala ke Pekan Rawang. Dari Pekan Rawang sila ambil jalan lama lebuhraya Persekutuan KL-Ipoh menuju ke Serendah. Antara Gapi terletak bersebelahan dengan Kelab Golf Serendah. Klik sini lokasi Antara Gapi

PENYERTAAN

Tiada Yuran Penyertaan di kenakan. Bagi tujuan pengesahan penyertaan, peserta hanya perlu mengisi borang pendaftaran dan hantar ke SEKRETARIAT PKNS MTB Kayuhan Antara Gapi 2009 di No. 03-79584655.

klik sini Borang Pendaftaran KAG09
Klik sini Syarat-Syarat Penyertaan

HADIAH – HADIAH

Kayuhan ini berkonsepkan "Fun Ride" iaitu pencinta sukan MTB berkumpul dan berkayuh
bersama-sama. Tiada pertandingan dan hadiah pemenang. Bagi memeriahkan program pihak
menganjur menyediakan:

i) Puluhan Lucky draw
ii) Hadiah Misteri
iii) Minuman di check point

PAMERAN & JUALAN
Gerai Promosi hartanah PKNS, Gerai Jualan Basikal, Gerai makanan & Minuman

PENGANJUR

SEKRETARIAT PKNS MTB Kayuhan Antara Gapi 2009
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
Persiaran Barat , Off Jalan Barat,
46505 Petaling Jaya,
Selangor
Tel: +603.7957.2955

TENTATIF PROGRAM

Pendaftaran juga boleh di buat semasa hari kejadian. Bagai mengelakkan kelewatan perlepasan peserta di galakkan membuat pendaftaran awal.
7.00 – 8.15 pagi - Pendaftaran peserta
8.15 pagi - Taklimat oleh penganjur
8.30 pagi - Mula
11.30 pagi - Tamat
11.30 pagi - Majlis Penutup
Cabutan bertuah
12.00 tghari - Bersurai

Driving directions from Gopeng to Bandar Antara Gapi
157 km – about 1 hour 49 mins (by Google Maps)

Insyaallah kalau tak ada aral melintang saya akan ke sana...
dah daftar no. plat 262 lawa gak no ni...hahahah... jom beramai-ramai...

PESERTA DARI RADIAL MTB




Tuesday, July 28, 2009

Testing Mybike...Onroad

Date : 25/7/09
Road :Gopeng-Bemban-Batu Gajah-Gopeng
Distance :50km
Kayuhan suka2 riadah di hujung minggu...macam biasa kalau tak dak aral melintang atleast 2 daripada 4 kali hujung minggu mesti kayuh...Kali ni kayuh dengan my new bike...yang baru dipasang selepas pegi kursus haritu...ni kira kali kedua la kayuh dgn basikal ni...pertama duk try bukit pacak belakang kolej...this one try long distence untuk test samada sesuai tak setting yang dah buat...terutamanya saddle le....penting tu..penentu zuriat akan datang....hehehe...

Pagi tu macam biasa...7.30pagi dah start golek basikal.....semangat basikal baru...kali ni tiada banyak berenti macam pergi ke UTP dulu....sebab dah siap sarapan koko crunch di rumah... Ha, kali ni aku nak try lawan si Mael dengan merida merah...selalu masa pakai GTS asyik kene tinggal kalau main road...

Kayuhan kali ni ok je... awal-awal kayuh meter bagi tau 25-28 km/j ok latu mula-mula....dah lepas masuk simpang Taman Herba Perak....aku lajak 30-40 km/j...bleh tahan jugak frame ni (40km/j tak bleh lama da...penat nanti)....tgk belakang takut mael tinggal...awal2 lagi dia cakap tangan ada rasa kebas... takut ada kesan dia jatuh dulu...tapi member xmengalah (takut kene kutuk...selalu dia yang laju hahahah)


Ini dia Mael dengan aksi di signboard

Kume pun nak juge kata orang perak

Tiba disimpang highway baru Ipoh-Lumut kami berenti ambil gambar


Kami kalau kayuh ke Batu Gajah suka ikut jalan ni...selain baru...boleh dikatakan kurang kenderaan dan jalannya cukup luas... keselamatan kami kira terjamin la sikit daripada dok kayuh jalan sempit.... Jalan ni pun ada la dua bukit...tak le setinggi belakang kolej...tapi boleh tahan la jenis landai....kene kayuh, kayuh dan kayuh....Kat bukit kedua mael dah nampak penat...aku relaks je lagi (riak sikit kat mael hohoho) masa tu member siap cakap "harap jangan ada bukit lagi depan tu dah la" .... dia pun dah tak ingat ada berapa bukit kat situ....


Ini gambar highway Ipoh-Lumut

Ini plak gambar lombong

Gambar pemandangan yang sempat diambil


Dalam perjalan ke Bemban jalan yang kitorang lalu ni tak la bosan sangat....Kiri kanan ada la nampak pemandangan indah.... lombong bijih yang ditinggalkan...almaklumla Perak ni terkenal dengan bijih timah suatu masa dulu....

Tiba di simpang untuk patah balik ke Batu Gajah kami ternampak gerai jual buah tembikai...mael dok ajak pekena sebijik.... aku cakap biar betul sebijik..tak lalu nak kayuh karang...tapi mael kata amik yang kecik je...aku pun setuju je la...patah balik ke gerai tu...

member sempat berposing amik gambar.... aku pun posing dgn basikal ku jua hohoho


Mael dengan rakusnya memakan tembikai hahaha

Mael suruh amik gambar...dia ingat nak bagi member sorang lagi yang tak ikut jeles (Mr. Duang; tak ikut sebab dia cuti pertengahan sem).. mael hantar gambar pakai mms....sekali Duang call apa yang hang antar mael???? Hphone Duang rupanya tak boleh baca gambar mael send....hahaha...borak la kejap dalam hphone tu.

Kami meneruskan perjalanan ke Pekan Batu Gajah....dalam perjalanan ada lagi satu bukit dekat kem askar...kat situ sekali lagi kami dok lawan sapa menang...seri da walau pun aku dah potong si mael tu.....mael dah dapat energy dari tembikai tu....siap member kata bleh muntah air tembikai kalau bukit tu panjang lagi.... lepas lalu pekan Batu Gajah kami berhenti nak makan roti canai...kat tempat biasa (sebab sedap) sekali tutup da.... try la kueh teow goreng kedai sebelahnya.....

Gambar basikal di medan selera Batu Gajah (merida tu huk! huk!)

Pekena kueh teow goreng tu sekali sedap ma...kalau aku tak kayuh basikal mau bedal 2 pinggan...antara kata2 yang kami borakkan..lain kali bleh datanng lagi....harap2 bukan sekali tu je sedap..pastu tak..biar la sedap selamanya....(macam lagu la plak :)) lama jugak la kami lepak kat situ..sebab tak banyak berenti waktu awal tadi...

Dah reda perut kami pun sambung balik kayuh...menuju pulang ke Gopeng...dalam perjalanan sempat plak berenti dekat Kelli's Castle...kami sekali lagi amik gambar...

Mael posing


Kume pun posing jugeeee

Posing angkat basikal sambil tersengih hihihi...ringan la daripada basikal lama ku huhuhu

Kalau sapa-sapa nak tau Kelli's Castle ni diorang kata berantu...tak tau la aku...tapi banyak orang kata..benda pelik ada aku jumpa waktu field trip masa kursus aritu...ni dia benda pelik tu:

Ini aku bagi gambar yang aku amik:

Diorang cakap macam beruang tapi aku nampak macam anjing????

Kami tiba di rumah pukul 11.30 pagi .... kira awal la...biasa kalau pi ngan member2 lain sampai pukul 1.00 ptg pun ada...bnyak berehat....Ok see next ride hohhoho...

Tuesday, July 21, 2009

Kepuasan Kayuhan di ULu KiNtA >>>

Sunday, July 19, 2009

(Report by Ismael)



















ULU KINTA
memang amat dikenali dengan trek mountain bike nya yang amat mencabar. Trek yang akan menguji rider2 untuk mengukur tahap stamina dan skill yang ada. Ini merupakan kali kedua aku join geng2 AbG MAT NOOR meredah bukit bukau yang ada disekitar ULU KINTA. Untuk kali ini, route kayuhan offroad kami tak berapa jauh...dalam 25 km je...25 km yang amat mengerikan bagi mana2 rider yang kurang stamina dan bencikan trek berbukit.

Route kayuhan..TAMBUN>>KG. TONGGANG>>BUKIT MAKMUR>>ULU KINTA >>TAMBUN ( 18 JULAI 2009 - SABTU- 7.45 pg )

Satu kesimpulan yang aku boleh buat...memang berbaloi sgt2 kami bangun awai pagi tu untuk join geng2 Abg Mat Noor redah ke trek ni...satu kenikmatan kayuhan yang tak boleh digambarkan dengan kata2.

Hanya 2 org rider je dari radial mtb yang leh join pagi tu, aku ngan duang (redhuan). nasir terpaksa last2 minutes cancel plan nak kayuh sebab minggu ni dia kata dia nak ambek hati bini dia pulak. tiap-tiap minggu tinggai ayang pi kayuh alamat mahu bini suruh tidoq dengan beskal. heheh.....

Gambaq aku Control hensemmmm....haha

Mr Duang yang bebaju Oren...rider radial mtb merangkap officemate aku..

Anyway, selepas siap berkumpul depan masjid dekat Institut Perguruan Ipoh, aku kira2 campur ngan geng2 abg mat noor ada dalam 12 org pagi tu...ni yang buat semangat nak berkayuh makin meluap2. Majoritinya rider2 senior @ veteren. umur lepa dah mencecah 40 ke 60 tahun. tapi stamina macam budak2 baru umur 18 tahun. itu yang aku rasa macam nak tabik spring ja kat lepa semua. Psychically and mentally are very strong..bravo to all off you bro...

Kami startkan kayuhan dalam kul 8.00 pg. lewat sikit sebab tunggu abg mat noor. sampai2 je dia kata dia dok berjanggut tunggu bro ani kat pekan tambun. tu sebab dia lambat...haha...kena kencing lagi kali ni...

Perjalan bermula melalui pekan Tg Rambutan sehinggalah ke Ladang Kuda. sampai je kat situ kami dijamukan pemandangan indah. dikanan adalah sungai yang masih bersih mengalir dan di kiri kami lak penuh dengan kuda2 yang cantik...rasa macam nak bawak balik ja sekor bagi anak aku Danial naik....haha

Bila dah start masuk offroad aku pun mula turunkan seat post aku sebab menurut otai2 ni kali ni trek memang penuh ngan bukit. bukan apa, senang sikit nak layan downhill @ descending nanti. Kayuhan kali ni mula menguji skills pendakian rider2 bila dijamukan dengan BUKIT MENTAL (nama yang aku bagi) tapi aku pun tak ingat nama sebenar bukit ini dekat dengan Kampung Tonggang.

Bukit yang mampu mengecewakan mana2 rider yang tak cukup stamina ..

Tadi mula2 masuk nampak ladang kuda. Tapi bila sampai ke Bukit Mental ni kami yang pulak bernafas macam kuda. Sekoq2 bunyi mengalahkan kuda penat. Waktu ni lah aku berhajat macam nak jumpa tokei company SHIMANO suruh dia cipta gear basikal bagi ada 36 speed ka 45 speed. Pakai yang 27 speed rasa macam tak cukup ja gear nak panjat bukit yang curam dan panjang macam ni...haha. Anyway, aku berjaya gak daki sampai ke puncak tanpa turun tolak beskal..tu yang riak dan bongkak dengan stamina diri sendiri tu. huak huak huak....

Tapi macam biasalah...WHat's goeS uP mUst CoMe DoWn!!!!!! lepas ja layan bukit Tonggang tu kami pakat dok layan downhill pulak la...waktu ni boleh tengok la mana2 rider yang tak pandai layan brek boleh cium tanah kalau tak kena gaya. Dengan keadaan trek yang tak rata dan curam alamat kalau tak ada keberanian dan hati kering mau turun tolak beskat je sampai bawah. waktu kat2 sini la member radial mtb MR. DUANG hampir2 tergolek disebabkan masalah brek. nasib lah dia pandai control beskat dia. kalau dak alamat tergolek dog lagi la kali ni....

Dari Kg Tonggang kami menuju ke Bukit Makmur. Sekali lagi trek ni menguji skills semua riders. tapi bukit yang kedua ni memang gila. kasi semua mental pecah ja..kesudahannya, semua riders tolak beskat. pakar pendakian hari ni Mr. Mat Noor pun layan tolak gak beskat aku tengok. Bukit ni amat curam dan licin disebabkan tanah yang kering.

Dalam dok kayuh ada yang dok buat lawak lak...tak dak ka bukit yang lagi tinggi dari bukit ni. ni tak cukup tinggi ni...hilang penat dok gelak tengok muka sorang2. ada yang tambah lagi, orang asli kata tak jauh encik, sebatang rokok je...tak jauh hang kata...macam nak pengsan dah tengok muka sekoq2. hampir sejam setengah berkayuh kami pun berhenti rehat. masa ni la baru ada peluang untuk aku ambek gambaq. tadi semua orang pakat dok fokus kat kayuhan..ni la gambaq2 rider yang join trip pagi tu...


Lama tak ambek gambaq angkat beskal macam ni...


waktu ni sempat gak aku balun sikit coklat n air sebagai sumber petrol untuk meneruskan kayuhan..time2 macam ni la nampak apa pun rasa sedap..kami sambung lagi kayuhan ke Kg Bukit makmur, tapi kami sesat disebabkan terlampau banyak simpang yang kami jumpa. ada 4 simpang yang kami jumpa. last2 nasib terserempak ngan Orang Asli kat situ, dia yang tunjukkan jalan yang betul ke Kg Bukit Makmur..susah gak nak berkomunikasi dengan lepa ni sebab tengok ke gaya macam org asli ni tak berapa pandai bahasa melayu...nasib la dia bagi direction yang betul kat kami.



















Nak sampai kat kampung ni trek dia memang best. rider2 kena tanggung beskal merentasi anak sungai yang ada di situ..ikut hati aku macam nak berhenti mandi ja dulu..geng2 radial mtb ni bukan boleh, asal nampak sungai ja mesti rasa nak terjun dulu...akhirnya..sampai gak ke Kg. Bukit Makmur, sebuah perkampungan Orang Asli yang ada di sekitar Ulu Kinta ni. semua rider berhenti dekat Dewan Serbaguna yang ada di perkampungan orang asli ni..kat sini sekali lagi aku ngan duang snap dua tiga keping gambaq2 rider2 yang menyertai kayuhan endurance ni..




Semua dok pakat meredah Sg Ulu Kinta

memang best dan memang mencabar......

photo kat bawah ni adalah MR.DUANG radial mtb tengah dok tanggung beskat


Berhenti sekejap ambek angin...


Sebelah aku ni Abg MAt Noor sg rokam. Senior yang banyak memberi tunjuk ajar..kami mula jumpa dia kat Kedia Beskal Eric Tasek. Umur dah mencecah 54 tahun kalau tak silap tapi stamina macam orang muda...




Kat belakang kami tu la kampung Bukit Makmur...


Rider2 tengah dok lepak kat Dewan Serbaguna kampung Bukit Makmur




Sebelah aku ni lak En Leman and Abg Mat Noor ( orang besi Kayuhan kali ni)

semua tersenyum riang mengingatkan trek yang lepa sendiri tak penah redah..siap dengan sesat2 lagi dalam hutan tadi.....

muka penat tapi puasssssssssss!!!!!

kayuhan kami diteruskan untuk menghabiskan sisa2 8km terakhir...waktu ni kami memang syok sangt sebab layan descending@ downhill yang panjang. aku paling syok trek yang macam ni sebab orang putih kata ini lah PAY OFF yang amat berbaloi...panjat macam nak tercabut kaki then layan turun bukit sampai ke penamat...memang syokkkkk....memang layan....tapi ada dua tiga connering yang agak berbahaya sebab tengah dok syok2 layan downhill ada simpang patah...kalau tak pandai main brek alamat terjun gaung la...

Dalam perjalan turun dari KG Bukit Makmur ni kami sempat bergambar berlatarbelakangkan empangan yang ada sekitar ulu kinta ni. memang cantik..memang buat badan yang penat hilang rasa letih. kat bawah ni gambaq aku ngan Mr Duang yang sempat kami snap....







Dalam dok syok layan downhill tiba2 Mr.Duang kata tayar beskal dia pancit lak..nasib la semua peralatan spare kami bawak. Biasa la sometimes we have to prepare for the worse. then, waktu ni la kami kena tinggai dengan group yang ada di depan. lepa tak perasan yang kami terpaksa berhenti nak ganti tiub beskat duang. Tapi ada 3 lagi rider yang ada di belakang kami. lepa pun berhenti memberikan pertolongan. Inilah semangat setiakawan yang boleh di pupuk dalam aktiviti2 yang berfaedah macam ni. Kelihatan dalam gambar sebelah ni Abg Mat Noor baru sampai. Ketua rider kali ini.




















Seperti biasalah, orang besi kita ni semua boleh. Sebut ja pasai beskal A to Z dia tau. Aku memang tabik la kat senior rider kita ni. umur dah mencecah 60 tahun...tapi tenaga macam bela hantu raya ja. Bukit tonggang yang kami panjat rasa macam nak pengsan dia siap boleh naik, turun dan naik semula. Banyak benda yang dia kongsi pengalaman ride dia dengan kami. Teknik pemakanan, teknik kayuhan, teknik pendakian dan macam2 la. Senang kata, dia ni memang hebat and stamina memang tip top la. Dalam trip ni ada dua orang nama Abg Mat Noor. Kedua2nya memang aku tabik spring...both of you are such a wonderfull rider bro...



Waktu ni Abg Mat Noor tengah dok try selesaikan masalah Mr. Duang..


Gambaq Beskal2 kepenatan n sedang berehat sementara menunggu tiub beskal wang diganti. Rider2 tak penat pun cuma rasa nak pengsan ja...haha


Waktu ni lah Abg Mat Noor Pesan kat aku bila nak main offroad make sure semua benda2 penting mesti ada dalam beg. Pam, tiub spare, pin rantai, alat bukak rantai and etc. Dia kata sepanjang dia berkecimpung dalam dunia mtb ni pernah dah 3 kali rantai beskal dia n kawan dia putus. So memang kena cek slalu rantai terutamanya bila trek tu banyak climbing. Rantai akan tegang n mudah putus kalau tak kena gaya. Thanz bro for your advise...

Selepas je selesai menyiapkankan tiub beskal Mr. Duang kami meneruskan sisa2 downhill yang ada sebelum sampai ke Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Kinta. Ikut hati rasa macam nak mandi je dula kat situ. tapi memandangkan satu group dah terlepas di depan dan meninggalkan group kami jauh dibelakang, aku pun buat keputusan untuk terus berkayuh ke TaMbuN. Masuk je jalan raya aku ngan duang buat gila try cruise dengan average speed 42km/h. Pakai Mtb ni nak maintain 40km/h mau rasa macam nak tercabut skru kaki aku. Jangan kira ngan duang, dia ni gila..stmina unta @ hantu raya...speed macam pelesit. mahu pengsan kalau nak ikut pace dia..

At last kami berkumpul balik depan warung yang ada dekat area depan Institut Perguruan Ipoh. Group yang awal tadi dah dok balun roti canai dah. aku pun pekena roti canai ngan nasi lemak. time2 lepas ride macam ni apa saja nampak sedap.

Anyway, aku rasa ni la antara trek paling mencabar aku pernah try sejak join main mtb ni. Thanz for everybody yang memeriahkan trip ni and to both of Abg Mat Noor thanz for your advise. Congrate to all riders sebab at last we can finish the trip with our sweat, gut and soul...bravo to everyone....see all of you for the next ride...Wassalam......
Related Posts with Thumbnails