AKTIVITI RADIALMTB

31/03/2012 (Sabtu)
Kayuhan Nasi Lemak Rafi @ Layan Downhill Ulu Geruntum

Friday, February 19, 2010

radialmtb @ SIMTB Exploration 2010

Melihatkan GPS map dan evaluation tentang trek SIT MTB Exploration...rata-rata ahli radialmtb mula mencongak-congak kalau-kalau boleh memiliki salah satu yellow jersey yang ditawarkan....inilah dia muka-muka peserta.....

Ejen rmtb 001 (Mael)
Dengan pertaruhkan gaya merida worldcupnya... dia cuba merampas yellow jersey...dengan gaya yang ganas menakutkan studentnya...adakah dia mampu menakutkan rider2 lain????
Ejen rmtb 002 (wang @ ajie)
Kali dia mempertaruhkan senyuman ala-ala ayu gitu... agaknya dapat mencairkan rider-rider lain masa kayuh...kedatangannya peace no war.....cuba mendapatkan yellow jersey dengan diplomasi...tiada paksaan....berjayakah dia mengayat penganjur memberi yellow jersey kepadanya...kita tunggu...
Ejen rmtb 003 (Eri)
Penampilan sulung...yang masih samar-samar (50-50) kerana hal peribadi yang tak dapat dielakkan...kalau dia kayuh...dia akan datang dengan gaya cuba menggugat rider-rider lain... "kalah takpe...asal menang bergaye"
Ejen rmtb 004 (Dol)
Walaupun telah tercedera dalam kayuhan baru-baru ini...Mat Dol merupakan pengayuh tegar dan masih bertenaga.. tapi akibat terlambat didaftarkan penampilannya juga samar-samar (50-50) kalau Eri tak datang mungkin Dol akan menggantikan tempatnya...jaga-jaga raja bukit ni..katanya ada bela hantu raya?!?!?!
Ejen rmtb 005 (En. Shah)
Walaupun baru berkecimpung dengan MTB (offroad) En. Shah sangat bersemangat sampai petronas sponser....dengan penampilan serba putih jentera barunya...jangan dianggap enteng...stamina mengerjakan kebun sawitnya akan digunakan sepenuhnya....rider2 mungkin akan dipintas di ladang kelapa sawit nanti....
Ejen rmtb 006 (Janggut@Ajim)
Ayam tambatan yang diimport khas untuk sarung yellow jersey...pengayuh muda yang berpengalaman ni...kalau hari tu dia tak menang bukan pasal dia tak power..tapi kami dok tambat lupa nak lepas....

Ejen rmtb 007 (nasirGpg)
Peserta terakhir...aku la...macam biasa aku macam ajen 007 james bond hahaha...takde la...aku penyarung jersey tak berkala aka last position sampai kot masa hari tu... aku paling tak power dalam kumpulan ni...hanya dok blogging je hahaha...

P/S: Jangan hangpa terpengaruh, ini semua hanyalah gurauan semata-mata. Kami target kali ni nak habiskan kayuhan je...kalau boleh nak dapat tempat bawah dari 750 yela nak dapat medal buat kenangan.... dan kalau dapat cabutan bertuah apasalahnya...rezeki...dapat ke kali ni cabutan bertuah...harap2 bertuah la lagi aku kueng..kueng..kueng....

JUMPA KAMI RADIALMTB DI SERI ISKANDAR

3 comments:

  1. haik..lain mcm betul lawak papa kali ni, sgt b'kesan dan kurang kesalahan ejaan :p ~terlebih mkn kopok lekor?

    p/:"blogger" sila tukar kepada "blogging".

    sekian, terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails