AKTIVITI RADIALMTB

31/03/2012 (Sabtu)
Kayuhan Nasi Lemak Rafi @ Layan Downhill Ulu Geruntum

Thursday, October 8, 2009

SYAWAL RIDE....

Reported by Mael


Salam...
Satu kesimpulan yang boleh aku buat. AKU memang PANCIT!!!!!!!!!!! hehe. Setalah hampir sebulan tak kayuh akhirnya pagi semalam aku ride suka2 ngan Mr. Duang dari Gopeng ke Kampar n 100% main road je. Last2 minute Nasir terpaksa cancel join kami pagi tu sebab anak dia kena alergik. Jadi aku ngan duang buat keputusan kayuh dua orang je la. Kayuhan bermula agak lewat pagi tu dalam pukul 8.00 pg disebabkan masalah teknikal. Tiub beskal Mr. duang pecah....Bila tiub pecah, alamatnya kami la yang pulak pecah peluh...

First 5 km memang aku tak berani nak lenjan. Aku dok maintain speed dalam 20 km/h jer and then lepas je 10 km baru la berani tekan sikit dalam 20 ke 25km/h. Tapi bila dok main dalam 25 km/h dada mula rasa sejuk, kaki mula rasa berat macam kayuh basikal BMX jer. hehe. waktu ni aku mula sedar yang aku dah mula pancit. Dah mula tak larat. Walaubagaimanapun, kami maintain gak kayuhan n after 51 minutes sampai gak kami ke kedai mamak bersebelahan Hotel Grand Kampar. Tengok meter average speed waktu tu dalam 23 km/h. jadilah.....

Sampai je kedai mamak, aku ngan duang pi pekena roti canai ngan nasi lemak ayam. kayuhnya tak seberapa. makannya saja yang lebih...Hampir setengah jam lepas tu barulah wife aku beserta wife mr. duang tiba untuk join kami breakfirst. Tu yang dok kata kat duang tu, kita kayuh beskal ke kita buat hari keluarga RADIAL MTB ari ni..huak2. Hampir sejam lebih gak kami lepak kat kedai tu disamping melayan kerenah anak2 kami iaitu, Danial n Dhia...

Bersama Danial & Dhia semasa breakfirst



Jaguh Radial Mtb bersama askar2

Pakat dok pekena Nasi Lemak Ayam dan roti canai bersama keluarga
dalam Rancangan "JOM KAYUH & JOM MAKAN"

Then, bermula lah masalah besar. macam mana nak kayuh balik dengan keadaan perut yang penuh dengan nasi lemak. Jarak nak ke gopeng dari situ ada la dalam 20 km lagi. Rasa macam nak tumpang bini ja naik keta masa balik tu. aku kata kat duang takpa kita kayuh "ser low ser low". Hang jangan tinggai aku dah la duang...

Kayuh punya kayuh, at last sampai gak ke gopeng. tapi penatnya memang lain macam. rasa nak pengsan pun ada...Nasib la kami tak join Abang Mat Noor n the geng kayuh ke Sg. Siput. Kalau dak mau lepa gelak besar kat kami pagi tu. Hampir je sampai ke Gopeng, aku ngan duang siap berenti pekena durian lagi tepi jalan. Memang bukan trip kayuh basikal la hari ni. Tapi trip makan2 di Bulan Syawal. hehe. Anyway, kami memang enjoy kayuh pagi tu walaupun bila sampai umah tengok meter distance just 40km n average speed 20km/h. Bak kata orang kedah jadilah. dapat buang buruk..hehe

Cuba teka siapakah makhluk yang telah membaham durian itu?

Antara Durian2 yang telah menjadi korban

Blogger pun tak melepaskan peluang

Ni makan ka melantak ni

Waktu ni beskal dah keletihan. Tuan2 beskal pula pakat khusyuk layan Durian

Mission kami selepas ni tak lain dan tak bukan la. nak kembalikan stamina asal supaya boleh maintain dalam 25km/h bila main road. Ahkir kata, USAHA TANGGA KEJAYAAN tapi kalau tak usaha maka tak kan dapat rasa la sedap ke tidak muntah hijau tu..hehe......

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails