AKTIVITI RADIALMTB

31/03/2012 (Sabtu)
Kayuhan Nasi Lemak Rafi @ Layan Downhill Ulu Geruntum

Sunday, November 22, 2009

Kongsi Pengalaman Frame Norco Faze



Hari ni Sabtu (21/11/2009) aku kayuh hanya ke kedai Mohd Rafi untuk membeli sarapan... kali ni aku menggunakan basikal Norco yang telah aku resetting sendiri. Sebelum ni ada post yang aku bagitau... basikal ni tak boleh pegi laju...kali ni aku berjaya buat sampai Max speed 36.1km/j .... walaupun untuk seminit dua untuk kelajuan ni.. bermakna bukan masalah pada frame yang aku pakai... selain tahap kecergasan aku yang tak optimum, setting pada basikal juga memainkan peranan....



Aku check balik shock, rupanya dia setting paling slow damping dah tu angin dia 120psi je...balik dari kayuh di ulu kinta aku tak puas hati...cepat penat...balik dari GPS lagi xpuas hati... kalau bawak hari tu dah boleh layan..hahahaha...

Aku cari manual dalam internet... research sikit...erm..akhirnya tau Fox Float R max 300psi ...travel 39.1...SAG 0.91 (bagi yang tak tau SAG tu...erm..test angin dalam fork / shock tengok getah penanda...bila duduk biasa dengan tak duduk..boleh faham ke!?!?!)



Aku pun buat balik...reset..SAG...rupanya aku kene pam sampai 160psi bukan 120psi...pastu aku try...ha hah ha..baru la sedap kayuh...tak berenjut macam papan jongkang jongkit...hehehe...wife aku pun kayuh pakai beskal ni kata ok dari hari tu...hehehe...

Kepada rider lain yang dah pakai frame ni beri la komen kat sini...boleh la bertukar pendapat..
Salam....jumpa lagi...ingat nak kayuh trail Gopeng tak jadi..Sabtu dan Ahad hujan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails