AKTIVITI RADIALMTB

31/03/2012 (Sabtu)
Kayuhan Nasi Lemak Rafi @ Layan Downhill Ulu Geruntum

Saturday, January 30, 2010

Offroad Ulu Geroh

Tm: 2.55.41
Dst: 37.27
Av: 12.7
Mx: 42.5
Cal: 414.4

Cyclist: Ajim (lead), Mael, Nasir, Wang aka ajie dan En. Shah

Salam...kali ni kami bercadang kayuh ke Ulu Geruntum....tapi bila mapping balik rupanya kami sampai ke Ulu Geroh...Ulu Geruntum main road je..tapi kami dengan adanye Ajim lead dia bawak jalan offroad....rider dulu cakap jalan ni Ulu Geruntum..mana2 la....apa2 pun this is the first track aku kayuh panjang single track...berbatu dan susah nak cerita..kalu nak tau, kayuh sendiri di track ni hahaha..

Berkumpul sambil bersarapan di kedai Mohamad Rafi, sambil cerita sikit trak jenis apa yang nak lalu ni..


Kayuhan bermula melalui bangunan lama di pekan Gopeng, ikut bawah hinghway PLUS ke Kg. Jelintoh

Mael kembali berkecimpung dalam MTB selepas berehat lama, letih nampaknye..

Berhenti sebelum meneruskan perjalanan offroad








Offroad bermula










Berhenti alas perut..memastikan sentiasa bertenaga untuk meneruskan kayuhan

Tiba di jambatan yang telah dilebarkan...kalau dulu motosikal je la boleh lalu...kali ni kenderaan 4 roda sudah boleh lalu, dibawahnya terdapat sungai yang jernih...ketika ini kami sudah hampir tiba ke kawasan perkampungan orang asli...

Kami berhenti di kawasan Kg. Orang Asli sambil bergambar...masing-masing ceria menikmati keindahan alam semula jadi...masa ni aku teringat zaman kecik2 dulu duduk di kampung..masa tu jalan berturap pun takde lagi... Kayuhan kali ini aku menjadi mangsa pacat...2 kali aku kene..sedar-sedar je berdarah...kira buang darah kotor je la..heheheh

Ini dia gambar yang sempat aku ambil...single track yang mencabar... rugi aku tak dapat ambil video akibat daripada lupa nak charging bateri huh! ... hanya dapat snap mana yang dapat je.. track ni menuju ke empangan lama yang digunakan untuk menyalurkan air membersihkan bijih timah...

Ini dia empangan yang aku kata tadi...aku belum lahir lagi dah ada..dekat sini walaupun cahaya matahari sudah naik...masih sejuk udaranya...

Apalagi..mandi time...sejuk gila air dia...macam air ais...orang kata sungai dara...

Perjalanan pulang...dihidangkan dengan downhill yang technical...sapa silap masuk gear tak naik la kayuh naik bukit hahahaha...

Dan akhirnya kami berhenti di roundbord pekan Gopeng...menikmati cendol pulut dan Ais Batu Campur..perg!! nikmat giilaaaaa...

Travel fork mael 100mm hampir habis digunakan ..aku ada baki sebab akunye 140mm hahaha..
Kesimpulannya track ni memang best...aku rugi tak pakai norco aku..kalau tidak lagi layan...Lain kali boleh layan lagi track ni....

Salam.........

Picture of the week!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails